EPL: Chelsea Kembali Bangkit, Tewaskan Leeds United
EPL
Ben Jacobs
Advertisements

Ketumpulan barisan serangan Chelsea merungsingkan pengurus mereka, Graham Potter sejak kebelakangan ini. Tetapi Wesley Fofana mengingatkan rakan-rakan penyerangnya tentang cara menjaringkan gol dengan menyumbat gol kemenangan semasa menentang Leeds United hari ini.

Bermain di Stamford Bridge, Blues menyerang Whites sebaik sepak mula. Malangnya, ketumpulan barisan serangan Chelsea menyebabkan mereka gagal menembusi gol pelawat.

Dua peluang terbaik hadir pada minit ke-15 dan ke-22 menerusi Raheem Sterling dan Joao Felix. Percubaan Sterling bagaimanapun berjaya ditepis keluar oleh Ilan Meslier dengan percubaan pemain pinjaman Atletico Madrid itu tujuh minit kemudian terkena palang.

Advertisements

Selain daripada dua percubaan itu, barisan pertahanan Leeds diketuai Robin Koch selesa menyerap tekanan Chelsea. Keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Pada babak kedua, Chelsea memperkemas rentak. Hasilnya, bek tengah muda Fofana menanduk masuk sepakan sudut Ben Chilwell pada minit ke-53 bagi meletakkan Blues di hadapan.

Walaupun ketinggalan, ia langsung tidak menggentarkan anak-anak buah Javi Gracia. Sebaliknya, mereka berusaha memburu gol penyamaan kerana mengetahui kerapuhan benteng pertahanan Chelsea sejak kebelakangan ini.

Advertisements

Di sebalik usaha Leeds memburu gol penyamaan, keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini meletakkan Chelsea di tangga ke-10 liga dengan 34 mata. Manakala Leeds pula menduduki tangga ke-17 susulan keputusan seri 2-2 Bournemouth dengan Arsenal.

Selepas ini, Chelsea bakal berdepan Leicester City di Stadium King Power pada 11 Mac. Sementara Whites pula melayan kunjungan Brighton pada hari yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram