EPL: Hatrik Ikonik Ronaldo Bantu Manchester United Atasi Norwich
EPL
Manchester United
Advertisements

Hatrik penyerang sensasi Manchester United, Cristiano Ronaldo bantu The Red Devils atasi Norwich di Old Trafford.

Manchester United bermula baik menerusi dua jaringan Ronaldo pada minit ke-7 dan minit ke-32 sebelum Kieran Dowell merapatkan jurang buat Norwich pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Bersambung babak ke-2 Norwich mengejutkan tuan rumah menerusi gol pernyamaan dari Teemu Pukki pada minit ke-52.

Advertisements

Benteng pertahanan United yang lemah beberapa kali diuji serangan balas berbahaya Norwich namun kecekapan De Gea berjaya menyelamatkan United.

Manchester United akhirnya berjaya memperoleh jaringan ke-3 menerusi sepakan percuma Cristiano Ronaldo pada minit ke-76 sekaligus membantu United atasi Norwich 3-2 di Old Trafford.

Kemenangan ini membantu Manchester United melonjak ke tangga ke-5 Liga Perdana Inggeris dengan pesaing utamanya Arsenal tewas 0-1 kepada Southampton.

Advertisements

Manchester United bakal bertandang ke Anfield pada 20 April ini berhadapan Liverpool yang kini kekal kukuh di tangga ke-2 Liga Perdana.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram