Advertising
EPL: Liverpool ‘Tapau’ Man City
EPL
MakanBola
Liverpool FC

Liverpool menjarakkan kedudukan di tangga teratas carta Liga Perdana Inggeris (EPL) setelah menewaskan Man City.

Pertemuan ini menjadi tumpuan ramai apabila Man City mahu menebus kecewa tersingkir dari UEFA Champions League (UCL) tatkala Liverpool ingin mengukuhkan tempat di puncak liga.

Tiada kelibat Erling Haaland bersama Man City kali ini dengan Omar Marmoush diberi peranan sebagai penggempur tatkala Liverpool menurunkan barisan terbaik diketuai oleh Virgil van Dijk.

Ad

Permulaan positif ditunjukkan oleh Liverpool dengan berada di hadapan menerusi jaringan Mohamed Salah di minit ke-14 berpunca dari tendangan sudut yang diambil oleh Alexis Mac Allister.

Pada minit ke-30, peminat tuan rumah kembali ceria apabila Omar Marmoush berhasil menyamakan kedudukan sebelum jaringan tersebut dibatalkan atas dakwaan kedudukan ofsaid.

Ad
Ad

Kesempatan itu digunakan oleh Liverpool bagi mencetak gol kedua hasil rembatan leret Dominik Szoboszlai yang berjaya menewaskan Ederson di pintu gol Man City pada minit ke-36.

Ad

Separuh masa pertama, Man City 0-2 Liverpool.

Kembali di babak kedua, kem Man City cemas buat seketika setelah Curtis Jones menjaringkan gol ketiga untuk pelawat namun semakan oleh VAR menafikan jaringan itu gara-gara ofsaid.

Anak didik Pep Guardiola memiliki beberapa peluang terbaik untuk merapatkan kedudukan selepas itu terutamanya dari rembatan Jeremy Doku sebelum berjaya ditangkap kemas Alisson Becker.

Tambahan masa 4 minit tak mengubah keputusan di Stadium Etihad yang berakhir dengan skor 2-0 memihak Liverpool.

Saingan EPL minggu hadapan menyaksikan Man City bakal menentang Tottenham di London manakala Liverpool akan kembali ke Anfield untuk berdepan Newcastle United.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments