Aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu menyaksikan Liverpool bangkit menumpaskan Brighton and Hove Albion di laman sendiri.
Kedua-dua pasukan bertemu buat kali kedua dalam tempoh tiga hari setelah kali terakhir Liverpool berjaya menewaskan Brighton 3-2 dalam aksi Piala EFL pertengahan minggu ini.
Kesebelasan utama Liverpool ditunjangi nama-nama seperti Mo Salah, Darwin Nunez dan Cody Gakpo manakala Brighton pula menurunkan pemain sayap Jepun, Kaoru Mitoma.
Seawal minit ke-14, Brighton berhasil membuka tirai jaringan menerusi Ferdi Kadioglu setelah menyudahkan hantaran dari Danny Welbeck untuk membolosi gawang tuan rumah.
Separuh masa pertama tamat, Liverpool 0-1 Brighton.
Kembali dari rehat, Cody Gakpo yang meledak dalam aksi lalu sekali lagi muncul wira Liverpool apabila menjaringakan gol pertama buat The Reda pada minit ke-69.
Tiga minit kemudian, Liverpool terus membara dengan gol kedua menerusi tonggak utama, Mo Salah untuk meletakkan tuan rumah di hadapan buat kali pertama.
Aksi di Stadium Anfield berakhir dengan kemenangan 2-1 memihak Liverpool.