EPL

EPL: Manchester United ‘Lunyai’ Kena Amukan Liverpool

Liverpool Manchester United EPL: Manchester United ‘Lunyai’ Kena Amukan Liverpool
Liverpool FC

Manchester United terus dirudum malang, meskipun dibimbing pengurus baharu setelah mudah dibelasah Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal pagi Isnin.

Advertisement

Aksi tumpuan EPL minggu ini menyaksikan Manchester United memulakan era baharu di bawah kendalian Mauricio Pochettino dengan kekalahan besar 0-4 kepada musuh tradisi, Liverpool di Anfield.

Mauricio Pochettino menampilkan trio serangan terbaik, diketuai Bruno Fernandes sambil dibantu oleh Matheus Cunha dan Bryan Mbeumo sementara Virgil van Dijk mengetuai kesebelasan utama Liverpool.

Mimpi ngeri buat Manchester United bermula seawal minit ke-8 apabila Leny Yoro dilayangkan kad merah, akibat kekasaran ke atas Alexander Isak yang miliki peluang besar bagi menjaringkan gol.

Kekasaran pemain Manchester United itu turut menghadiahkan tendangan percuma buat tuan rumah yang disempurnakan oleh Dominik Szoboszlai bagi meletakkan Liverpool di hadapan pada minit ke-10.

Selang 3 minit kemudian, pelawat terus tertekan apabila Florian Wirtz menggandakan kelebihan hasil gol kedua untuk Liverpool, setelah pemain kelahiran Jerman itu menyambar hantaran silang Rio Ngumoha.

Kekurangan pemain di benteng pertahanan memaksa Mauricio Pochettino membawa keluar penyerang, Bryan Mbeumo untuk memasukkan Harry Maguire masuk bagi menstabilkan barisan belakang.

Babak kedua bersambung dengan dominasi penuh oleh pasukan bimbingan Andoni Iraola sehingga memaksa Manchester United terus kekal bertahan tanpa peluang diperoleh bagi menguji pintu gol lawan.

Gawang Manchester United bolos lagi buat kali ketiga menerusi penyudah Rio Ngumoha yang menampan lorongan dari Bradley Barcola untuk mudah menewaskan penjaga gol, Senne Lemmens.

Kelebihan seorang pemain jelas sekali menjadi kekuatan utama buat Liverpool bagi terus menekan lawan serta memperoleh gol keempat di minit ke-82 hasil rembatan kencang pemain gantian, Victor Munoz.

Aksi di Anfield berakhir dengan keputusan 0-4 memihak Liverpool.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...