EPL: ‘Ole Time’ Tak Jadi, Manchester United Seri Dengan Everton di Old Trafford
MakanBola
Sponsors

Manchester United gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri setelah sekadar seri 1-1 menentang Everton.

Edinson Cavani hampir memberikan kelebihan awal buat tuan rumah menerusi tandukan tajamnya pada minit ke-21 namun berjaya diselamatkan Jordan Pickford.

Ad

Anthony Martial menjaringkan gol pertama buat Manchester United pada minit ke-43 selepas menerima hantaran cantik Bruno Fernandes. Beliau yang tidak dikawal pertahanan Everton maju kehadapan dengan sepakan deras menewaskan Jordan Pickford.

Ad

Bersambung babak ke-2, Everton memperkemaskan serangan dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-65 menerusi satu serangan balas menerusi jaringan Andros Townsend.

Manchester United yang tertekan dengan gol penyamaan tersebut terus melakukan asakan dan hampir memperoleh jaringan menerusi sepakan deras Ronaldo dari sebelah kiri pada minit ke-74 namun sepakannya sedikit tersasar.

Ad

Perlawanan berakhir dengan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Ad