EPL: Manchester United Tamatkan Riwayat Arsenal, Antony Jaringkan Gol Debut
EPL
Manchester United
Advertisements

Manchester United tamatkan rentak kemenangan 100% Arsenal dengan kemenangan bergaya 3-1 hasil jaringan Antony dan Marcus Rashford di Old Trafford.

Pemain baru Manchester United, Antony berjaya menghasilkan gol pertamanya dalam aksi pertama bersama United sekaligus membantu United mencipta kemenangan bergaya 3-1 ke atas Arsenal.

Babak pertama menyaksikan United hampir-hampir ketinggalan menerusi gol Gabriel Martinelli pada minit ke-12.

Advertisements

Bagaimanapun, gol tersebut dibatalkan oleh VAR selepas Martin Odegaard didapati mengasari pemain tengah United, Christian Eriksen.

Tersentak, Red Devils segera bangkit dan menjaringkan gol pertama perlawanan menerusi Antony pada minit ke-35.

Babak kedua menyaksikan Arsenal cuba mencipta kebangkitan. Hasilnya, Bukayo Saka menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-60.

Advertisements

Tetapi enam minit selepas itu, United kembali di hadapan menerusi jaringan cantik Marcus Rashford. Rashford kemudiannya menambah gol kedua pada minit ke-75 selepas menerima hantaran Eriksen.

Gunners cuba melawan tetapi keputusan 3-1 kekal sehingga wisel penamat. Keputusan ini melonjakkan United ke tangga kelima EPL.

Sementara Arsenal kekal sebagai pendahulu walaupun kalah buat kali pertama musim ini.

Advertisements

Antony yang berpindah ke Red Devils dari Ajax Amsterdam dengan yuran perpindahan £86 juta (RM444 juta) dipilih untuk kesebelasan utama menggantikan Anthony Elanga.

Manakala Arsenal yang masih segar dengan kemenangan 2-1 ke atas Aston Villa memanggil semula Olexandr Zinchenko menggantikan Kieran Tierney.

Manchester United bakal bertandang ke Selhurst Park berhadapan Crystal Palace 11 September ini manakala Arsenal berhadapan lawan lebih sukar, Everton di Emirates.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram