EPL: Maruah Liverpool ‘Musnah’ Dibantai West Ham
EPL
MakanBola
Reuters
Advertisements

West Ham meneruskan rentak kemenangan selepas berjaya menewaskan bakal juara Liga Perdana Inggeris, Liverpool 3-2 di Stadium London.

Kemenangan penuh mendebarkan ini melonjak kedudukan The Hammers ke kedudukan ke-3 Liga Perdana Inggeris.

Advertisements

Nasib tidak baik Liverpool bermula seawal minit ke-4 menerusi jaringan sendiri penjaga gawang Liverpool, Alisson Becker yang tertumbuk bola di udara ke gawang sendiri.

Advertisements

Liverpool yang bertali arus melakukan serangan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-41 menerusi sepakan percuma penuh helah Trent Alaxander-Arnold.

Bersambung babak ke-2 Liverpool berterusan membuat serangan dan akhirnya dihukum West Ham menerusi satu serangan balas pantas menjadikan kedudukan 2-1 hasil jaringan Pablo Fornals pada minit ke-67.

Advertisements

Selang 6 minit kemudian, Kurt Zouma yang tidak dikawal pertahanan Liverpool menanduk masuk gol menerusi sepakan sudut pada minit ke-74.

Liverpool berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-83 menerusi penyudah cantik Divock Origi menjadikan kedudukan 3-2.

Advertisements

Usaha Liverpool untuk mencari jaringan penyamaan tidak berhasil dan kemenangan milik mutlak pasukan tuan rumah, West Ham di Stadium London.

West Ham kini berkongsi mata dengan Manchester City dikedudukan ke-3 liga diekori rapat Liverpool dan Arsenal dikedudukan ke-4 dan 5.

Advertisements

Kekalahan Liverpool di London menjadi kekalahan pertama Liverpool selepas 11 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim 2021/22.

News Comments Account