EPL: Siuu ‘Hujan’ Manchester United Benam Norwich Ke Lubuk Liga
EPL
Manchester United
Advertisements

Manchester United meneruskan kecemerlangan di bawah ‘didikan’ Ralf Rangnick selepas berjaya menewaskan Norwich City 0-1 di Carrow Road.

Kedua-dua pasukan beraksi seimbang dengan pasukan tercorot liga, Norwich City tidak menunjukkan sebarang tanda untuk tunduk kepada Manchester United dengan beberapa asakan berbahaya namun kedua-dua pasukan gagal peroleh sebarang jaringan pada separuh masa pertama.

Bersambung babak ke-2, Norwich memperkemaskan serangan namun Manchester United lebih bernasib baik selepas pengadil menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-75 yang disudahkan Cristiano Ronaldo.

Advertisements

Norwich City melakukan asakan berbahaya beberapa kali yang hampir memberikan jaringan penyamaan namun David De Gea sekali lagi menjadi penyelamat dengan aksi luar biasa membatalkan peluang emas tuan rumah.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan mutlak buat Manchester United yang kini mengekori rapat West Ham yang berada di kedudukan ke-4.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram