Advertising
EPL: Nuno Espirito Sah Dipecat Oleh Tottenham Hotspurs
MakanBola
Gambar:Team Talk

Menerusia satu hantaran di media sosial rasmi Tottenham Hotspurs mereka, pada hari ini sah Nuno Espirito dan staf kejurulatihannya Ian Cathro, Rui Barbosa dan Antonio Dias dilepaskan daripada jawatan masing-masing.

Pengarah Urusan ,Fabio Paratici berkata mereka sedar betapa kesemua individu ini mahu berjaya namun kami kesal telah pun membuat keputusan ini.

Ad

Ini berikutan aksi hambar Tottenham Hotspurs yang baru-baru ini dibelasah oleh Manchester United dan tewas di tangan Vitesse 0-1 pada saingan UEFA EUROPA CHAMPION LEAGUE baru-baru ini.

Ad

Krisis Nuno ini sudah pun mulai kedengaran apabila kelihatan barisan serangan mereka juga sukar untuk menang dan hanya mencatatkan kemenangan yang tidak menyakinkan sekadar satu jaringan.

Mereka juga hampir-hampir ditewaskan oleh pasukan seperti Burnley, Newcastle dan Aston Villa. Desakan penyokong juga menjadi antara faktor beliau dipecat.

Ad

Siapakah yang layak menggantikan beliau? Adakah Conte? Sama-sama kita nantikan.

Ad