EPL
@StretfordPaddck
Advertisements

Susulan kekalahan memalukan 7-0 di tangan Liverpool, pengurus Man Utd, Erik ten Hag memberi amaran kepada anak-anak buahnya agar menjadikan kekalahan ini sebagai pencetus kebangkitan. Sekiranya gagal berbuat demikian, beliau tidak teragak-agak menyingkirkan mereka ke pasukan bawah 21 tahun (B-21).

Advertisements

Amaran ini diberi kepada semua pemain United apabila mereka kembali menjalani latihan di pusat latihan United di Carrington semalam. Ini bagi memastikan mereka kembali mencapai piawaian sama yang membantu mereka memenangi Piala Carabao minggu lepas.

“Ten Hag kelihatan marah dan memberitahu mereka bernasib baik pulang menaiki bas pasukan kembali ke Old Trafford dan bukan pulang bersama para penyokong.

Advertisements

“Beliau turut memberi amaran kepada semua pemain jika perkara sebegini berulang lagi, tiada lagi peluang kedua akan diberi kepada mereka dan mereka akan diletakkan dalam pasukan B-21,” kata satu sumber dalaman Red Devils kepada Mirror Sport.

Walaupun hilang sabar dengan apa yang berlaku, ten Hag turut mengingatkan para pemain kekalahan tersebut tidak akan menghilangkan kemajuan yang dinikmati pasukan setakat ini. Malah, bekas pengurus Ajax Amsterdam itu menggesa mereka untuk tidak patah semangat dan kekal yakin dengan pemburuan baki dua trofi musim ini.

Advertisements

Atas sebab itu, ten Hag mahu para pemain menghabiskan lebih banyak masa dengan pakar psikologi sukan, Rainier Koers bagi membina semula keyakinan mereka.

“Ten Hag tak mahu pemain-pemain kembali ke tabiat lama musim lepas, itu sebab beliau meminta mereka menyertai lebih banyak sesi bersama pakar psikologi sukan (Koers),” kata sumber itu lagi.

Selepas ini, United bakal berdepan Real Betis dalam perlawanan pusingan 16 pasukan terbaik Liga Europa pada awal pagi Jumaat. Ini disusuli perlawanan EPL di mana mereka menentang Southampton di Old Trafford pada Ahad.

Dua perlawanan ini bukan saja peluang terbaik untuk Red Devils melepaskan geram terhadap lawan mereka. Malah, kekalahan 7-0 itu mampu menjadi pembakar semangat buat mereka mendapatkan baki dua trofi musim ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram