Erik ten Hag: Pemain Man Utd ‘Tak Gembira’
EPL
Sky Sports Football
Advertisements

Di sebalik kejayaan menjulang Piala Carabao pada minggu lepas, itu bukan bermakna Manchester United berpuas hati dengan satu piala. Hal ini turut diakui pengurus pasukan Erik ten Hag yang mendedahkan anak-anak buahnya ‘tidak gembira’ dengan Piala Carabao sahaja.

United menamatkan kemarau trofi selama enam tahun dengan menewaskan Newcastle United pada final Piala Carabao. Gol daripada Casemiro dan Marcus Rashford membantu ten Hag menjulang trofi pertamanya sebgaai pengurus Manchester United.

“Saya gembira bahawa kita telah memenangi trofi pertama bersama, tetapi semua usaha kita perlu memastikan bahawa ia bukan trofi terakhir… sekarang kita sudah merasai kejayaan bersama-sama, matlamatnya kini memastikan ia dapat dicapai semula tidak lama lagi.

Advertisements

“Apa yang paling menggembirakan saya pada Ahad ialah melihat dan mendengar pemain-pemain mengatakan perkara sama dalam bilik persalinan: mereka tidak gembira untuk berhenti sekarang selepas memenangi trofi (Piala Carabao) dan mereka lebih bertekad memenangi lebih banyak piala,” katanya dalam nota program perlawanan pusingan kelima The Emirates FA Cup awal pagi tadi.

Perlawanan pusingan kelima menentang West Ham itu menyaksikan United menang dengan keputusan 3-1. Gol sendiri Nayef Aguerd, Alejandro Garnecho dan Fred membantu Red Devils mara ke suku akhir.

Advertisements

Selepas memenangi Piala Carabao, Red Devils masih berpeluang menggondol tiga lagi kejuaraan iaitu Liga Perdana Inggeris (EPL), The Emirates FA Cup dan Liga Europa.

Tetapi ramai penganalisis berpandangan United mempunyai peluang lebih tinggi memenangi Liga Europa dan The Emirates FA Cup berbanding EPL.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram