Erling Haaland Sertai Manchester City
Dunia
Fabrizio Romano
Advertisements

Penyerang sensasi Borussia Dortmund, Erling Haaland bakal menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City dengan yuran perpindahan sekitar €60 – €75 juta.

Menurut kenyataan wartawan Itali, Fabrizio Romano, Haaland sudah melepasi ujian medikal dan beliau akan diumumkan sebagai pemain Manchester City secara rasmi minggu ini.

Saga perpindahan Erling Haaland ke kelab-kelab besar bukanlah perkara baru malah ianya kerap dibincangkan media Eropah selepas aksi bertenaga pemain ini sejak beberapa musim lepas ditambah faktor umurnya yang masih muda.

Advertisements

Bakat luar biasa Haaland mula dikenal pasti semasa beliau menyinar bersama Red Bull Salzburg sebelum disambar Dortmund pada musim 2020.

Bersama Dortmund, Haaland beraksi lebih 60 perlawanan dan berjaya menjaringkan lebih 60 gol sekaligus menaikkan nilai pemain berumur 21 tahun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram