Eksklusif: “Dulu Kalau Main Bagus Tak Dapat Main Malaysia, Malu Nak Keluar Rumah” – Khalid Ali
Dunia
Utusan Malaysia
Advertisements

Bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali berpendapat isu pemain menolak untuk mewakili skuad negara dengan memberikan pelbagai alasan, tidak perlu diperbesarkan.

Menurut Khalid Ali yang menjadi kegilaan penyokong di era 70 dan 80-an, tiada keperluan untuk meratapi kehilangan lebih sedozen pemain utama kerana ramai lagi pemain yang menunggu untuk diberi peluang berbakti kepada negara.

“Buat apa nak pening kepala, yang tak nak main untuk negara, biarkan dia, dan selepas ini tak perlu panggil dah. Bermain untuk negara adalah satu kebanggaan, zaman saya dulu kalau main bagus tapi tak dapat call-up Malaysia, malu nak keluar rumah tau.

Advertisements

“Ye la takut nanti kawan-kawan, jiran-jiran tanya eh kenapa kau tak dapat main Malaysia, malu mana nak sorok muka. Tapi sekarang dah lain, dah panggil boleh tolak jadi bagi saya peluang menyarung jersi Malaysia ni berilah kepada yang betul-betul mahu, yang ada jiwa Malaysia.

“Tak perlu nak kecoh atau sedih dengan orang yang tak mahu main untuk negara, kat Malaysia ini bukannya tiada pemain, yang mereka perlukan adalah peluang,” ujar Khalid Ali ketika dihubungi MakanBola.

Sebagai rekod, kem latihan kali ini yang bermula pada Selasa lalu sebagai persiapan untuk dua aksi persahabatan dan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 menyaksikan Kim Pan-gon kehilangan secara keseluruhannya 14 pemain utama yang menolak panggilan mewakili negara.

Advertisements

Menurut kenyataan oleh FAM, selain tidak mendapat pelepasan kelab, ada yang memberikan alasan seperti urusan peribadi, komitmen keluarga dan kecederaan.

Ditanya jika Harimau Malaya berpotensi untuk melangkah jauh di Piala AFF kali ini, Khalid Ali memilih untuk bersikap realistik.

“Kalau tanya saya, Piala AFF kali ini Kim Pan-gon boleh guna untuk cari pemain-pemain baru, sebab untuk melangkah jauh perlukan masa. Set pemain inilah perlu dia uji berkali-kali dan panggil apabila Piala Asia nanti. Jangan kali ini bagi peluang kepada wajah baru, nanti Piala Asia panggil balik mereka yang kata tak nak main tu, itu tidak adil. FAM mahupun jurulatih kena tegas sikit,” ujarnya lagi.

Advertisements

Di Piala AFF nanti, Malaysia telah diundi sekumpulan bersama Vietnam, Singapura, Myanmar dan Laos.

Pada edisi lalu, skuad negara yang ketika itu dibawah kendalian Tan Cheng Hoe gagal melepasi peringkat kumpulan manakala pencapaian terbaik pula adalah muncul juara pada 2010.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram