Esteban Solari Diumum Selaku Jurulatih Baharu JDT
Dunia
JOHOR SOUTHERN TIGERS
Advertisements

Pengendali baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari secara rasminya diumumkan selaku jurulatih pasukan bagi musim 2023.

Bekas pemain kebangsaan Argentina ini sudah pun dimaklumkan bakal mengambil peranan Hector Bidoglio yang kini berperanan selaku pengarah teknikal skuad Harimau Selatan musim hadapan.

Pengendali berusia 42 tahun itu merupakan pembantu jurulatih Argentina sebelum ini mendapat kepercayaan daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) untuk memacu lebih banyak kejayaan buat pasukan.

Advertisements

Menerusi satu hantaran oleh Johor Southern Tigers, Esteban Solari secara rasminya diperkenalkan selaku jurulatih baharu pasukan. 

Skuad Harimau Selatan kini bakal membawa cabaran terutamanya dalam pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram