Ketua jurulatih baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari sudah pun memulakan latihan bersama pasukan menjelang aksi pra musim 2023.
Pengendali kelahiran Argentina itu merupakan jurulatih yang masuk bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Hector Bidoglio.
Hector kini telah pun diangkat menjadi Pengarah Teknikal JDT sekaligus menyaksikan muka baharu bakal mengemudi skuad Harimau Selatan musim hadapan.
Bekas pemain Argentina ini bakal diperkuatkan dengan kepakaran Mattias Garcia selaku ketua penganalisis pasukan dan juga Rodrigo Barrios yang merupakan ketua kecergasan skuad Piala Dunia Argentina di Qatar.
Menerusi satu hantaran yang dimuat baik oleh Johor Southern Tigers, jurulatih berusia 42 tahun itu sudah pun memulakan latihan pertama bersama juara Liga Super 2022 itu.
JDT kini dalam misi mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada musim lalu di samping meneruskan kecemerlangan dalam pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL).
Pasukan Milik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) ini sudah mengumumkan juga ketibaan beberapa muka baharu sekaligus merancakkan lagi persaingan dalam skuad semasa JDT.