Dunia
Eurosport
Advertisements

Bekas bintang Barcelona dan Inter Milan, Samuel Eto’o membuat ramalan liar dengan menyatakan negaranya Cameroon akan menjulang Piala Dunia 2022 di Qatar dengan menewaskan Maghribi dalam aksi final.

Eto’o yang pernah beraksi di empat kejohanan Piala Dunia bermula 1998 namun tidak pernah sekalipun melepasi peringkat kumpulan berkata kepada ESPN, edisi kali ini yang berlangsung kali pertama di negara Asia Barat memberi peluang besar kepada negara-negara Afrika untuk melakukan kejutan.

“Negara dari Afrika sentiasa mempunyai potensi untuk mengecap kejayaan di Piala Dunia, tetapi kami selalunya tidak menunjukkan wajah sebenar kami sehinggalah ke waktu ini.

Advertisements

“Sejak bertahun, pasukan daripada Afrika meraih pengalaman demi pengalaman bermain di Piala Dunia, dan saya merasakan mereka sudah bersedia bukan sahaja untuk mengambil bahagian, tetapi juga untuk memenanginya.

“Cameroon akan menjulang Piala Dunia kali ini dengan menewaskan Maghribi,” ujar Eto’o yang juga merupakan Presiden Persekutuan Bolasepak Cameroon (FECAFOOT).

Sebagai rekod, Cameroon telah diundi bersama juara lima kali Brazil, Serbia dan Switzerland dalam Kumpulan G manakala Maghribi pula berdepan cabaran Belgium, Croatia dan Canada dalam Kumpulan F.

Advertisements

Untuk edisi kali ini, selain Maghribi dan Cameroon, tiga lagi negara Afrika yang mengambil bahagian adalah Tunisia, Senegal dan Ghana.

Dalam sejarah Piala Dunia, tiada pasukan dari Afrika pernah melepasi halangan lapan terbaik dengan pencapaian terbaik dipegang oleh Cameroon (1990), Senegal (2002) dan Ghana (2010) yang mana kesemuanya kandas di suku akhir.

Teguh dengan pendiriannya, Eto’o yang juga kapten pasukan Cameroon di Piala Dunia 2010, menyatakan dalam laluan ke final negaranya akan menyingkirkan Belgium (suku akhir) dan Senegal (separuh akhir) manakala Maghribi pula akan menyingkirkan pasukan gergasi seperti Sepanyol, Portugal dan Perancis.

Advertisements

“Saya tidak nampak kenapa kami tidak boleh menang. Untuk memenangi Piala Dunia anda tidak perlu menjadi gergasi, raksasa atau alien. Anda cuma perlukan persiapan yang baik, mentaliti yang kuat dan sedikit kegilaan.

“Saya sentiasa menjadikan Inter Milan sebagai contoh. Tiada siapa pun ketika permulaan 2009/10 menjangka kami akan memenangi Liga Juara Eropah. Kami pasukan underdog yang menewaskan Chelsea, Barcelona dan Bayern Munich untuk muncul juara.

“Jose Mourinho melakukan sesuatu yang gila, bersama sekumpulan pemain dan pahlawan. Saya mahu Cameroon juga melakukannya, ia seperti mimpi menjadi kenyataan,” ujar Eto’o yang menjaringkan menjaringkan 56 gol dalam 118 penampilan bersama the Indomitable Lions.

Advertisements

Dia yang menoktahkan karier pada tahun 2019 dengan Qatar SC menjadi pasukan terakhir diwakili, turut berpendapat bahawa England akan tersingkir di pusingan kedua, tewas kepada tuan rumah.

“Kita semua telahpun dapat melihat apa yang dilakukan skuad kebangsaan Qatar dalam beberapa tahun kebelakangan dan bagaimana mereka menjadi semakin matang. Hakikatnya negara-negara lain tidak meragui kualiti Qatar, dan saya merasakan mereka akan mencipta kejutan,” tambahnya lagi.

Ramalan dibuat Eto’o bagaimanapun menjadi bahan ketawa dalam kalangan rakyat negara Afrika sendiri, di mana ada yang berpendapat dia mungkin bercakap sewaktu sedang mabuk.

Screenshot Eto Eto'o Ramal Cameroon Juara Piala Dunia di Qatar

Piala Dunia Qatar 2022 akan berlangsung bermula 20 November dan berakhir pada 18 Disember.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram