Eureka Drinks Salur Tajaan Kewangan Kepada Terengganu
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Sebuah syarikat minuman prestasi terkemuka di Malaysia, Eureka telah pun menjadi penaja rasmi kepada pasuka gergasi Pantai Timur, Terengganu bagi musim 2023.

Menerusi satu pengumuman di laman rasmi pasukan, pihak kelab berbesar hati untuk menerima Eureka selaku penaja bagi tempoh setahun ini.

Pengarah urusan Eureka, Encik Fadzrul Dullie memaklumkan bahawa Terengganu menjadi satu-satunya kelab di Malaysia yang akan menjadi rakan rasmi selain melihat potensi daripada jalinan kerjasama ini bagi tempoh jangka panjang.

Advertisements

Beliau juga melihat potensi yang dimiliki oleh kelab yang memiliki antara peminat terbesar di Malaysia dan syarikatnya kualiti yang setanding dengan status kelab.

Ketua Pegawai Eksekutif TFCSB, Encik Ab Rasid Jusoh turut berbesar hati dengan jalinan kerjasama ini.

Tajaan ini difahamkan berbentuk kewangan dalam satu jumlah sebanyak RM50,000 bagi tempoh satu tahun ini.

Advertisements

Terengganu yang bakal menembusi pasaran Asia apabila bakal beraksi di pentas Piala AFC musim ini bakal memberi impak dari sudut pendedahan jenama Eureka kepada khalayak umum.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram