Dunia
Advertisements

Dalam perlawanan ini, Denmark telah menekan England dengan baik pada 30 minit pertama. Apabila England melepasi garisan tengah padang, pemain Denmark terus melakukan tekanan bagi mendapatkan bola.

Pastinya perkara ini agak merisaukan kem England yang masih gagal mendapatkan rentak hasil tekanan tinggi pemain Denmark.

Pada minit ke-30, Denmark mendapatkan tendangan percuma kedua berturut-turut gara-gara kekasaran yang dilakukan Shaw ke atas Christensen.

Advertisements
England vs Denmark
England players celebrate the goal by England’s forward Harry Kane [AFP]

Mikkel Damsgaard yang mengambil sepakan itu, berjaya memberikan gol pendahuluan buat Denmark. Satu teknik sepakan yang baik dan kelajuan bola itu sama sekali menewaskan Pickford di gawang England. Gol itu terus meranapkan rekod tanpa bolos Pickford di kejohanan kali ini. Denmark mendahului England 1-0.

Tersentak dengan gol itu, England mengawal bola dengan hantaran-hantaran pendek dan Denmark lebih cenderung untuk menunggu dan melakukan serangan balas.

Hasilnya, pada minit ke-39, England berjaya menyamakan kedudukan. Segalanya bermula dari kapten mereka, Harry Kane yang membuat hantaran lolos cantik mencari Bukayo Saka di sayap kanan. Saka yang berjaya melepasi perangkap ofsaid Denmark, cuba menghantar bola kepada Sterling namun hadangan yang dilakukan Kjaer terus menuju ke gawang Denmark. Kedudukan terikat 1-1.

Advertisements
https://www.youtube.com/watch?v=5t-0j4HoNZE

Selepas gol itu, England masih menguasai bola dan cuba melakukan beberapa gerakan melalui Luke Shaw dan Bukayo Saka. Namun semuanya dipatahkan oleh pertahanan Denmark yang kebal bertahan sehingga wisel ditiupkan untuk menamatkan aksi separuh masa pertama dengan kedudukan terikat 1-1.

Separuh masa kedua dimulakan oleh England. Kedua-dua pasukan masih mengekalkan pemain masing-masing. Tiada pertukaran dilakukan.

England mendapat peluang terbaik pada minit ke-59 yang bermula dari sepakan percuma yang diambil Mason Mount berjaya mencari kepala Maguire. Namun tandukan beliau berjaya diselamatkan dengan baik sekali oleh Schmeichel.

Advertisements

Selepas itu, tiada percubaan yang betul-betul merbahaya dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Kedudukan terikat 1-1 hingga tamat 90 minit permainan. Permainan dilanjutkan ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan buntu mencari gol.

Masa tambahan dimulakan dan Denmark seperti biasa membuat tekanan tinggi kepada England dengan mengharapkan kesilapan pemain England bagi memudahkan mereka melakukan serangan balas. Namun segalanya tampak tidak menjadi apabila pemain England tenang mengawal bola.

Denmark kelihatan bertahan sepenuhnya dalam masa tambahan ini dek kerana England melancarkan serangan bertali arus di segenap sudut.

Advertisements

Ketika masa tambahan pertama hampir tamat, satu larian dari Raheem Sterling berjaya menyusup masuk ke dalam kotak penalti dan dikasari pertahanan Denmark.

Penalti itu pastinya menjadi kontroversi kerana kelihatan seperti tiada kekasaran besar dilakukan oleh Maehle ke atas Sterling. Namun ianya disahkan oleh VAR bahawa terdapat kekasaran ke atas Sterling. Harry Kane mengambil bola dan bersedia untuk sepakan penalti.

Sepakan penalti lemah Kane berjaya ditepis oleh Schmeichel namun bernasib baik apabila bola jatuh semula di hadapan beliau untuk membuat susulan yang membolehkan England mendahului Denmark 2-1 sekaligus menutup separuh masa pertama masa tambahan.

Bersambung babak kedua masa tambahan memperlihatkan dominasi England dengan hantaran-hantaran pendek sekaligus menyukarkan Denmark menembusi benteng England yang sudah menyiapkan 5 pertahanan di bawah.

Kedudukan kekal hingga tamat 120 minit permainan dan England layak ke final buat pertama kalinya dalam Kejohanan Eropah. England akan bertemu Itali untuk menentukan siapa yang lebih layak untuk menakluki eropah. Langkah Denmark terhenti di sini namun pujian harus diberikan kepada Denmark selaku pasukan bukan pilihan yang berjaya mara sejauh ini walaupun memulakan kempen dengan kekalahan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram