Ads
Euro 2024: England & Denmark Sama Liat
Eropah
UEFA Euro 2024

England dan Denmark terpaksa berpuas hati menamatkan perlawanan kedua peringkat kumpulan C Euro 2024 dengan satu mata setelah terikat seri.

Advertisements

England turun dengan misi mengintai peluang bagi meraih kemenangan kedua untuk mengiringi tuan rumah, Jerman ke pusingan kedua lebih awal sementara Denmark bercita-cita mendapatkan tiga mata pertama.

Advertisements

Jurulatih England, Gareth Southgate mengekalkan barisan pemain yang sama dengan Jude Bellingham menjadi tumpuan tatkala Denmark menaruh kepercayaan buat penyerang Man United, Rasmis Hojlund untuk merobek gawang lawan.

Advertisements
Advertisements

Seawal minit ke-18, penyerang Bayern Munich, Harry Kane berjaya meletakkan England di hadapan hasil tolakan bola mudah ke gawang akibat situasi kelam kabut yang tercetus di dalam kotak penalti Denmark.

Seakan tersentak, Denmark terus giat perkemas serangan dan akhirnya usaha tersebut membuahkan hasil menerusi rembatan jarak jauh Morten Hjulmand yang menewaskan Jordan Pickford di pintu gol England pada minit ke-34.

Advertisements

Separuh masa pertama berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Bersambung babak kedua, Denmar tampil lebih positif dalam usaha memburu satu lagi jaringan namun beberapa percubaan yang dirancang berjaya digagalkan benteng pertahanan England.

Kemasukan pemain seperti Mikkel Damsgaard, Yussuf Poulsen buat Denmark dan Ollie Watkins serta Eberechi Eze untuk England bagaimanapun masih belum mampu untuk merealisasikan hajat kedua-dua pasukan untuk mendapatkan gol kedua.

Aksi di Deutsche Bank Park tamat, Denmark 1-1 England.

Advertisements

Aksi terakhir kumpulan menyaksikan England akan turun menentang Slovenia di Cologne pada awal pagi Rabu sementara Denmark memerlukan kemenangan ke atas Serbia di Munich untuk mencerahkan peluang mara ke pusingan seterusnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram