Ads
Euro 2024: Jaringan Sendiri Lucu Warnai Kemenangan Portugal Ke Atas Turki
Eropah
UEFA Euro 2024

Tiket ke pusingan kalah mati menjadi milik Portugal setelah tampil penuh bergaya menumbangkan Turki dalam perlawanan kumpulan F Euro 2024.

Advertisements

Portugal yang merupakan juara edisi 2016 dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan Republik Czech, sementara Turki cemerlang menundukkan Georgia yang melakukan penampilan pertama di dalam kejohanan benua ini.

Advertisements

Tidak banyak rombakan dilakukan dalam kesebelasan utama Portugal dengan Cristiano Ronaldo kekal mengetuai senarai manakala Turki turun tanpa kelibat bintang muda Real Madrid, Arda Guler yang menjadi tumpuan peminat bola sepak dunia minggu lalu.

Advertisements
Advertisements

Permainan bermula seimbang dengan penguasaan bola lebih memihak Portugal sehingga tercetusnya jaringan pertama pada minit ke-21 menerusi pemain sayap, Bernando Silva yang menyambar hantaran lintang Nuno Mendes.

Turki terus tertekan apabila hantaran ke belakang oleh pertahanan, Samet Akaydin gagal dibaca oleh penjaga gol, Altay Bayindir menyebabkan bola bergolek masuk ke gawang untuk jaringan kedua Portugal pada minit ke-28.

Advertisements

Aksi menjadi panas seketika dengan beberapa layangan kad kuning dikeluarkan oleh pengadil, Felix Zwayer namun masih tiada gol tambahan terhasil menyaksikan babak pertama tamat dengan kelebihan 2-0 memihak Portugal.

Kembali dari bilik persalinan, kedua-dua jurulatih membuat keputusan untuk melakukan pertukaran dengan membawa tenaga baharu di jentera tengah pasukan bagi menambah baik corak permainan.

Anak-anak buah Roberto Martinez terus garang dengan gol ketiga hadir pada minit ke-55 menerusi tonggak Man United, Bruno Fernandes yang mudah menolak bola hantaran Cristiano Ronaldo ke gawang Turki.

Vincenzo Montella membawa masuk Arda Guler nampak sudah terlambat untuk menghalang Portugal dari meraih tiga mata penuh sekaligus menempah tempat ke pusingan kalah mati mengiringi Jerman dan Sepanyol.

Aksi di Signal Iduna Park berakhir dengan kemenangan selesa 3-0 menjadi milik Portugal.

Advertisements

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan F menyaksikan Portugal akan berdepan Georgia di Gelsenkirchen, sementara Turki bakal turun menentang Czech Republik Volksparkstadion, Hamburg pada awal pagi Khamis

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram