Dunia
Photo: Football Association of Malaysia
Advertisements

Pemain Skuad Kebangsaan Wanita Malaysia, Eva Olivianie Antinus menuntut rakan sepasukannya untuk bermain dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh.

Pemain pertahanan berumur 20 tahun itu merupakan anak kelahiran Tambunan Sabah. Beliau merupakan antara tonggak utama dalam pasukan Harimau Malaya Wanita.

Dalam satu temubual oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pemain senior pasukan kebangsaan, Steffi Sarge Kaur menyatakan bahawa beliau amat teruja dengan barisan pemain yang dipanggil untuk mengetuai cabaran kali ini.

Advertisements

“Saya amat teruja untuk kembali menyarung jersi skuad kebangsaan.”

“Saya juga tidak sabar untuk turun berlatih memandangkan terdapat kombinasi antara pemain muda dan pemain senior yang dipanggil ke dalam pasukan.”

Beliau juga percaya bahawa setiap pemain yang dipanggil untuk mewakili negara pastinya akan melakukan sehabis baik untuk menjulang piala dan menggembirakan para penyokong.

Advertisements

Pemain muda Sabah berusia 20 tahun ini menjelaskan, setiap pemain yang membawa cabaran negara haruslah yakin untuk memberikan aksi yang terbaik.

“Kita haruslah yakin untuk beraksi dan semestinya keyakinan itu haruslah dipupuk sejak dari mula.”

“Jika kita tidak yakin dari awal, maka keputusannya pun tidak bagus.”

Advertisements
HM Wanita 1 Eva Olivianie: Kalau Dari Awal Tiada Keyakinan, Keputusannya Pun Tidak Bagus
Photo: Football Association of Malaysia

Beliau juga berharap agar kejohanan kali ini bakal menjadi satu situasi yang indah buatnya berbanding kejohanan yang diwakilinya sebelum ini.

Secara umumnya, pemain bertubuh kecil ini telah mula mewakili negara sejak dari kejohanan Malaysia bawah 16 tahun pada tahun 2016.

Sementara itu, ketua jurulatih pasukan Harimau Malaya Wanita iaitu Jacob Joseph, senarai 28 orang pemain yang dibawa ke Wisma FAM, Kelana Jaya ini akan dinilai dan disaring sepenuhnya sebelum hanya 25 orang pemain akan dibawa ke MSN untuk menjalani latihan seterusnya.

Advertisements

Latihan yang dijangka akan berlangsung selama seminggu di sana sebelum para pemain yang terpilih dibawa ke Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil.

“Daripada senarai 25 pemain ini, kita hanya akan membawa 23 orang pemain sahaja yang akan kita bawa untuk Kelayakan Piala Asia.”

Skuad Kebangsaan Wanita dijangka akan berlepas ke Palestin seawal 15 September bagi kejohanan tersebut.

Sambil itu, jurulatih ini sedar bahawa cabaran besar yang diberikan oleh pasukan Thailand yang semenangnya merupakan sebuah pasukan yang sangat kuat.

“Kita akan cuba sedaya upaya untuk memberi saingan yang baik kepada pasukan Thailand.”

“Kita juga ingin mengelakkan sebarang kekalahan besar terjadi di sana.”

Akan tetapi, beliau optimis bahawa skuad kendaliannya mampu untuk memberikan saingan yang baik kepada pasukan Palestin.

Ini dinilai berdasarkan persiapan dan analisan yang telah dilakukan oleh beliau sebelum berlepas ke sana.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram