Eva Olivianie Kongsi 3 Cara Memajukan Bola Sepak Wanita di Malaysia
Dunia
FAM
Advertisements

Pemain tengah pasukan wanita Malaysia, Eva Olivianie Antinus memberi penjelasan mengenai 3 cara yang boleh dilakukan dalam usaha untuk memajukan kualiti bola sepak wanita di Malaysia.

Menurut anak Tambunan, Sabah itu, beliau yakin pasukan bola sepak wanita boleh terus dimajukan dengan 3 cara yang dirasakan dapat membantu perkembangan para pemain dari usia yang muda.

Menerusi satu temubual bersama FAM, pemain berusia 20 tahun itu menyatakan bahawa kunci utama buat bola sepak wanita ialah development ataupun pembangunan bola sepak itu sendiri.

Advertisements

Beliau yakin jika bola sepak wanita turut mempunyai pembangunan yang setara dengan bola sepak lelaki, kualiti pemain dapat ditingkatkan untuk memastikan pasukan wanita negara dapat bersaing di peringkat tertinggi.

Seterusnya, pemain betubuh kecil ini menambah, usaha yang boleh dilakukan untuk memajukan bola sepak wanita adalah menerusi grassroot ataupun pembangunan akar umbi.

Beliau merasakan bahawa pembangunan dari usia yang muda juga amat penting bagi mencungkil bakat-bakat muda yang sudah menyerlah dan boleh digilap untuk mencapai potensi yang sebenar.

Advertisements

Usaha terakhir yang boleh dilakukan menurut Eva adalah menerusi pendedahan. Beliau yakin jika lebih banyak pendedahan turut diberikan kepada barisan pemain wanita, ia pasti dapat membantu untuk meramaikan lagi bakat wanita di Malaysia.

Pemain ini merupakan sebahagian daripada skuad negara yang membawa cabaran negara di bumi Palestin dalam Kelayakan Piala Asia yang menyaksikan pasukan negara tewas kepada Thailand sebelum bangkit untuk mengatasi cabaran tuan rumah dengan jaringan 2-0.

Kini, para pemain sedang menjalani kuarantin wajib setelah pulang dari Palestin sebelum dibenarkan untuk pulang ke tempat masing-masing.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram