EPL
Tottenham Hotspur vs Everton/AFP
Advertisements

Selepas dibelenggu dengan pelbagai masalah seperti prestasi merudum dan pertukaran pengurus, Everton berdepan risiko dikenakan pemotongan mata oleh EPL. Ini selepas Everton dikatakan melanggar peraturan pengurusan dan kelestarian kewangan liga.

Risiko ini timbul selepas Toffees lewat menghantar laporan akaun mereka pada musim lepas. Ia sepatutnya dihantar pada Disember lepas tetapi ditangguhkan bagi mendapatkan input EPL berkenaan berapa banyak kerugian mereka boleh dikurangkan akibat Covid-19.

Everton sebelum ini merekodkan kerugian sekitar £260 juta (RM1.43 bilion) dari 2017 hingga 2020. Dalam situasi normal, Toffees boleh dikenakan tindakan kerana melanggar peraturan kewangan EPL. Ini kerana mengikut peraturan tersebut, kelab hanya dibenarkan merekod kerugian sehingga £105 juta (RM578 juta) dalam tempoh tiga tahun.

Advertisements

Namun begitu, disebabkan pandemik Covid-19, peraturan sebelum ini diubah. Tempoh musim 2019-2020 dan 2020-2021 akan digabungkan dengan purata kedua-dua musim diambil. Angka yang direkodkan akan dimasukkan untuk tempoh tiga tahun. Tempoh tiga tahun sebelum ini turut ditambah setahun lagi bagi membantu kelab-kelab memfailkan laporan kewangan mereka tanpa sebarang masalah.

EPL telah memberi peringatan bahawa semua akaun kelab EPL perlu dihantar pada akhir bulan ini. Ini termasuk jangkaan tahun kewangan mereka untuk musim berikutnya. Memandangkan laporan mengambil masa beberapa bulan untuk disiapkan, kelab yang gagal berbuat demikian akan dihukum pada akhir musim. Hukuman yang dikenakan sama ada berbentuk denda atau potongan mata.

Everton menjangkakan mereka bakal merekodkan kerugian melebihi £100 juta (RM551 juta) untuk musim lepas. Situasi kewangan mereka turut diburukkan dengan keputusan kelab memutuskan hubungan dengan jutawan Rusia Alisher Usmanov.

Advertisements

Keputusan tersebut dibuat susulan konflik Ukraine-Rusia dan nama Usmanov tersenarai dalam senarai oligarki Rusia yang dikenakan sekatan oleh pihak Barat. Tanpa wang tajaan Usmanov, Toffees bakal mengalami kekurangan dana sebanyak £300 juta (RM1.65 bilion) untuk tempoh 20 tahun seterusnya.

alisher usmanov mikhail klimentiev tass Everton Bakal Dikenakan Pemotongan Mata EPL?
Tiada lagi wang tajaan Alisher Usmanov untuk Everton selepas konflik Ukraine-Rusia tercetus. Tetapi ia turut mencetuskan masalah kewangan kronik untuk kelab.

Kebimbangan ini sekaligus menjelaskan mengapa Everton tidak berbelanja besar di pasaran perpindahan musim panas lepas. Empat pemain dibawa masuk secara percuma dengan perpindahan Demarai Gray sahaja yang memerlukan kelab membayar £1.7 juta (RM9.4 juta) kepada Bayer Leverkusen.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram