Everton Dijangka Turun Liga Walaupun Masih Berbaki 9 Perlawanan
Dunia
Everton
Advertisements

Para peminat bola sepak yakin bahawa Everton merupakan salah satu pasukan yang bakal turun liga selepas menyaksikan baki 9 perlawanan liga yang bakal diharungi.

Pasukan dengan gelaran ‘The Tofees’ itu kehilangan enam mata penting di Burnley pada Rabu dan kini hanya satu mata saja dari zon penyingkiran. Burnley berpeluang memintas kedudukan Everton dek kerana perlawanan-perlawanan yang sukar bakal diharungi Everton selepas ini.

9 Perlawanan terakhir yang bakal diharungi Everton. Sungguh mengerikan. (Kredit: Thesun.co.uk)

Everton tidak pernah menang di tempat lawan sejak Ogos tahun lepas dan hanya mempunyai dua kemenangan dalam sembilan perlawanan liga sejak Frank Lampard mengambil alih tugas selaku pengendali pasukan.

Advertisements

Lebih memeritkan, selepas ini mereka bakal bertemu pasukan-pasukan besar dalam saingan liga seperti Manchester United, Arsenal, Liverpool dan Chelsea.

Daripada sembilan perlawanan terakhir mereka, Watford adalah satu-satunya pasukan yang mempunyai kedudukan liga lebih bawah dari Everton. Namun begitu, perlawanan menentang Watford menyaksikan Everton akan beraksi tempat lawan menjadikan ianya bukan satu tugas yang mudah.

Advertisements

Magis Frank Lampard pasti ditagih untuk menyelamatkan pasukan ini dari tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram