Exco Johor Mohon Sanusi Jaga Adab
Hiburan
FB Muhammad Sanusi Md Nor
Advertisements

Umum mengetahui perang media sosial di antara Menteri Besar Kedah merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Dato’ Seri Haji Muhamad Sanusi bin Md Nor dan pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim.

Namun sebagai pemimpin negeri, Sanusi perlu menjaga adab dan tatasusila. Teguran itu disuarakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah.

Dalam masa yang sama Hairi turut menasihati Sanusi agar lebih peka dan menghormati institusi diraja seperti yang tertakluk dalam perlembagaan.

Advertisements

“Saya nak komen sikit kepada Menteri Besar Kedah (Sanusi), selaku pemimpin, gunakanlah akal dan fikiran untuk menjaga adab dan tatasusila.

“Demi kesetiaan kita, bacalah perlembagaan dan hormat kepada institusi diraja.

“Jangan campur adukkan politik dan mencari publisiti murahan terhadap Johor,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2022 Negeri Johor di Dataran Bandaraya Johor Bahru di sini, hari ini.

Advertisements

Hairi turut mengingatkan bahawa sukan itu sebenarnya menyatukan semua bukan memecah belahkan. Walaupun rakyat Johor diasak dengan pelbagai kenyataan, Hairi barharap semua penyokong kekal tenang dan teruskan sokongan terhadap JDT.

“Sukan menyatukan, bukan memecah belahkan seperti ada pemimpin dari utara yang merapu mengatakan kita ini macam-macam di Johor.

“Tetapi Johor tetap ‘steady’, kita tenang-tenang. Orang-orang Johor pastikan tetap sokong JDT,” katanya kepada HM.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram