Advertisement
Latihan Tambahan Jadi Rutin Harian Mukhairi Ajmal
Dunia
MakanBola
Azri / MakanBola

Pemain tengah Selangor FC, Mukhairi Ajmal mengakui beliau sering melakukan latihan khas untuk meningkatkan teknik sepakan.

Bercakap kepada MakanBola selepas aksi Piala Malaysia malam semalam, Mukhairi turut menzahirkan rasa teruja berjaya melengkapkan penampilan ke-50 bersama Selangor.

Beliau akan terus berusaha dan konsisten untuk memastikan tempat dalam kesebelasan utama pasukan terjamin. 

“Alhamdulilah untuk itu. Tapi saya rasa masih tak cukup. Saya tak pernah puas untuk bermain dan akan sentiasa berusaha untuk tingkatkan prestasi.”

Pemain berusia 20 tahun itu juga menjelaskan beliau dan rakan sepasukan kerap melakukan latihan tambahan selepas selesai latihan. 

“Selalu lepas selesai latihan saya akan kutip bola dan panggil seorang penjaga gol. Saya ajak rakan-rakan lain yang mahu lakukan latihan tambahan dan dari situ kami berlatih.”

Mukhairi kini menjadi taruhan utama pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe mengemudi benteng tengah Merah Kuning bersama Brendan Gan.

Selangor bakal berdepan cabaran pasukan Negeri Sembilan dalam aksi suku akhir Piala Malaysia 2022 pada Ahad, 6 November 2022 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.