Pemain Berumur 74 Tahun Ini Catat Rekod Pemain Bola Sepak Tertua Dunia

October 25, 2020

Ezzeldin Bahader akhirnya dianugerahkan oleh Guinness World Records sebagai pemain profesional tertua dunia.

Pemain berusia 74 tahun ini mencabar dirinya sendiri untuk memecahkan rekod terdahulu yang dicapai oleh dirinya sendiri namun terpaksa ditangguh berikutan pandemik Covid-19.

loading...

Bermain menentang El Ayat Sports Club pada 6 Oktober, pemain bertaraf datuk ini menetapi kriteria yang ditetapkan oleh Guinness World Records untuk memperoleh anugerah berkenaan.

“Saya mengimpikan untuk memecahkan rekod saya sendiri sekali lagi, untuk menjadikan ianya lebih sukar untuk dipecahkan,” jelas Bahader.

Bahader yang akan menyambut hari kelahiran ke-75 pada 5 November ini masih boleh memecahkan rekodnya sekali lagi walaubagaimanapun kontraknya bersama pasukannya sekarang telahpun tamat.

520 views

By Syafiq Freman
@syafiqfreman

loading...