Advertising
FA Cup: Gol Bernardo Silva Bawa Manchester City Ke Final
MakanBola
Chelsea FC

Perlawanan separuh akhir Piala FA malam ini menyaksikan pertembungan diantara Manchester City menentang Chelsea di Stadium Wembley berakhir dengan keputusan 1-0.

Skuad kendalian Pep Guardiola turun tanpa peledak utama, Erling Haaland. Chelsea kekal mengekal barisan terbaiknya diketuai oleh Cole Palmer.

Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua buah pasukan cuba menguasai perlawanan. 

Ad

Manchester City mengekalkan dominasi permainan dengan 60 peratus sementara Chelsea hanya menguasai 40 peratus. 

Ad

Chelsea berjaya membuat 3 percubaan tepat daripada 4 dan Manchester City tiada sebarang percubaan tepat dilakukan. 

Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan Chelsea 0-0 Manchester City.

Ad
Ad

Nicolas Jackson hampir menjaringkan gol pertama pada minit ke-49 permainan. Namun, penjaga gol Man City mudah menghalang percubaan beliau.

Pada minit ke-83 permainan, Bernardo Silva menjaringkan gol pertama pasukan selepas mudah menyempurnakan bola muntah daripada penjaga gol Chelsea, Petrovic.

Lapan minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan Manchester City 1-0 Chelsea.

Selepas ini, The Citizen akan hadapi sama ada Manchester United atau Coventry. Perlawanan tersebut akan berlangsung esok jam 10.30 malam.