Wartawan terkenal dari Itali, Fabrizio Romano dilihat sedang berada di Malaysia selepas memuat naik satu hantaran berkenaan pemecatan Steven Gerrard sebagai pengurus Aston Villa.
Beliau cukup popular dalam dunia bola sepak sebagai wartawan paling pantas dan tepat menyampaikan perkhabaran perpindahan pemain dan turut mempunyai hubungan baik dengan kelab gergasi dunia seperti Barcelona, Manchester United dan PSG.
Menerusi hantaran terbarunya di Facebook, beliau dikesan sedang berada di Petaling Jaya, Malaysia sekaligus memberikan tanda tanya untuk apa beliau berada di sini.
Adakah Fabrizio Romano akan berada di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala AFC?
Mungkin. Berita selanjutnya bakal menyusul selepas ini.