Fadhil Wahab Diumumkan Sebagai Pengurus Baru Terengganu
Dunia
terengganufc.com
Advertisements

Persatuan Bola Sepak Terengganu (TFC) hari ini mengumumkan bahawa Pegawai Penyelaras Dun Seberang Takir, Encik Haji Mohd Fadhil Wahab sebagai Pengurus baru Terengganu FC bagi musim hadapan (2022).

Menurut laporan yang daripada laman web rasmi Terengganu FC, Mohd Fadhil mengakui bahawa amanah yang dipikul sebagai pengurus ini adalah bukan tugasan yang mudah. Beliau sedar bahawa pasukan Terengganu memiliki hampir jutaan peminat dari pelbagai tempat.

Oleh itu beliau sedia menggalas tanggungjawab untuk memastikan perancangan yang realistik di atur baik dengan lancarnya. Beliau akan terus belajar dan sentiasa mempertingkatkan kualiti pengurusan bagi memastikan kualiti sebuah pasukan ke arah yang produktif dimasa hadapan.

Advertisements

Sebagai pengurus pasukan, Fadhil dalam pada itu ingin menentukan sasaran yang jelas buat pasukannya untuk menjadi lebih baik daripada musim-musim sebelum ini dalam saingan Liga Malaysia. Beliau menyatakan sasaran yang ingin dicapai adalah sekurang-kurangnya merangkul 1 kejuaraan buat negeri Terengganu

Mengulas lanjut, Fadhil menyeru kepada semua penyokong bola sepak pasukan Terengganu untuk sentiasa memberikan sokongan padu kepada pasukan mahupun dikala kalah ataupu menang. Baginya, sokongan tersebut antara kunci kejayaan sesebuah pasukan.

Tidak lupa juga kepada para pemain, Fadhil percaya bahawa barisan pemain mampu memberikan komitmen yang tinggi buat pasukan. Beliau yakin kualiti yang ada pada barisan pemain sedia ada dan juga muka-muka baharu mampu memastikan misi pasukan berjaya untuk memburu kejuaraan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram