Fadhli Shas Ganti Khuzaimi Piee Di Negeri Sembilan
Dunia
Melaka United
Advertisements

Pertahanan tengah skuad emas Piala AFF 2010, Fadhli Shas bakal menyertai Negeri Sembilan apabila khidmatnya ditagih oleh pasukan tersebut.

Perkara ini telah pun disahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam apabila beliau memaklumkan perkara ini.

Menerusi satu hantaran di laman Twitternya, Zulhelmi sebelum ini sudah pun mengesahkan bahawa skuad Hobin Jang Hobin akan kehilangan dua tonggak utama iaitu Syihan Hazmi dan Khuzaimi Piee.

Advertisements

Namun begitu, pihak pengurusan kelab melakukan tindakan segera untuk memantapkan pasukan apabila berusaha mendapatkan tandatangan bekas pertahanan kental JDT ini.

Pemain berusia 31 tahun itu kini beraksi bersama Melaka United setelah dipinjamkan oleh pasukan Harimau Selatan pada musim ini telah pun beraksi sebanyak 16 perlawanan.

K.Devan dilihat menagih pengalaman dan kematangan pertahanan tinggi lampai ini untuk mengemudi benteng pertahanan pasukan.

Advertisements

Jurulatih ini juga pernah menyatakan secara terbuka bahawa beliau mahu memantapkan lagi pasukan menjelang saingan musim hadapan untuk kekal memberi cabaran terbaik.

Negeri Sembilan menamatkan kempen Piala Malaysia apabila tewas kepada Selangor dengan agregat 4-2 pada peringkat suku akhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram