Fadhlina Sidek Kagum Saksikan Bakat Muda Malaysia
UltraSukan
Fadhlina Sidek
Advertisements

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengakui kagum dengan kemajuan yang ditunjukkan barisan pemain muda bola sepak negara.

Kenyataan ini dibuat selepas menonton aksi final Liga Piala Remaja KPM-FAM B-17 2023 membabitkan skuad bawah 17 tahun (B-17) Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Sekolah Sukan Negeri Perlis (SSNP) semalam.

Liga ini bertanggungjawab melahirkan ramai bintang yang beraksi di Liga Super dan Harimau Malaya seperti Faisal Halim dan Safawi Rasid.

Advertisements

Di sebalik kemajuan yang ditunjukkan prospek masa depan negara itu, Fadhlina percaya ada aspek yang boleh ditambahbaik bagi membantu perkembangan mereka.

“Pertandingan ini memang sentiasa (diadakan) dan jadi keutamaan buat kita. Pertandingan ini bermula di peringkat sekolah, daerah, negeri dan juga peringkat kebangsaan.

“Dan kita juga mendapat sokongan penuh daripada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan KBS (Kementerian Belia dan Sukan) untuk program-program seperti ini.

Advertisements

“Dalam Pelan Bola Sepak Negara juga, kita terlibat penuh untuk memastikan bahawa bakat-bakat berpotensi ini kita terus akan tumpukan.

“Perlawanan ini (aksi final Piala KPM-FAM B-17) sangat baik sebenarnya, sangat menarik malam ini. Kita dapat melihat penguasaan padang, kemahiran dan potensi-potensi yang banyak kita lihat selepas ini.

“Dan kita nak selepas ini, selepas mereka tamat sekolah, disambut pula oleh persatuan-persatuan bola sepak negeri agar bakat mereka dapat dilonjakkan,” katanya kepada media selepas perlawanan semalam seperti dilaporkan oleh Nadi Arena.

Advertisements

Sentimen yang dinyatakan Fadhlina seharusnya mendapat sokongan ramai bagi memastikan kemajuan di akar umbi dapat ditambahbaik demi kemajuan sukan negara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram