Faisal Halim Realisasikan Impian Dengan Aksi Tak Reti Penat Bertemu Jordan
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain sayap pasukan Terengganu FC, Mohd Faisal Halim menampilkan persembahan yang cukup mengagumkan sungguhpun pasukan negara tewas kepada Jordan dengan keputusan 4-0.

Pemain kelahiran Pulau Pinang ini nyata memanfaatkan peluang yang telah diberikan oleh jurulatih negara, Tan Cheng Hoe yang memberikan sepenuhnya kepercayaan buatnya untuk membarisi kesebelasan utama pasukan.

Beliau menggalas tanggungjawab sebagai pemain sayap kanan pasukan dan membentuk gandingan bersama penyerang naturalisasi negara, Guilherme De Paula dan juga Syafiq Ahmad yang bertindak selaku pemain sayap kiri dalam perlawanan tersebut.

Advertisements

Beraksi di Stadium King Abdullah II, Amman Jordan malam tadi menetang pasukan yang berada pada kedudukan 93 dunia nyata bukan satu tugas yang mudah namun Faisal menampilkan keyakinan untuk memberikan persembahan yang terbaik.

Pemain berusia 23 tahun ini memanfaatkan sepenuhnya tubuhnya yang kecil untuk melepasi kawalan pertahanan dan sesekali berjaya memperdaya lawan untuk meninggalkan posisi.

Selain itu, beliau juga tidak meinggalkan tugasnya untuk turut serta membantu barisan pertahanan terutamanya Rizal Ghazali bagi menghalang asakan lawan yang datang daripada bahagian kanan pasukan.

Advertisements

Persembahan dan minit permainan yang diperoleh bersama pasukan Terengganu ternyata memberi kelebihan buatnya untuk tampil dengan penuh keyakinan bersama skuad kebangsaan.

Ia juga mendapat reaksi yang sangat baik daripada peminat tanah air yang merasakan bahawa Faisal memberikan segalanya buat pasukan negara malam semalam.

Pada musim ini, beliau beraksi dalam kesemua perlawanan di bawah kendalian jurulatih Nafuzi Zain dan berjaya menjaringkan 4 gol dan melakukan 4 bantuan gol.

Advertisements

Peranan utama bersama Terengganu memberikan kelebihan buat pemain ini tidak kekok sungguhpun tampil sebagai pemain utama selepas Cheng Hoe membuat keputusan untuk tidak membawa pemain seperti Safawi Rasid dan jug Mohamadou Sumareh pada perlawanan persahabatan kali ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram