Faisal Halim Akui Simpan Hasrat Bermain Di Luar Negara
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain sayap Harimau Malaya, Mohd Faisal Halim mengakui sudah lama menyimpan hasrat untuk beraksi di luar Malaysia dalam usaha untuk mengembangkan lagi bakatnya untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional yang berjaya .

Menurut kenyataan oleh Zulhelmi Zainal Azam, pemain sayap lincah itu sudah menyatakan bahawa beliau sebenarnya dihubungi ejen daripada Sepanyol dan Portugal.

Ini susulan prestasi cemerlangnya ketika membantu skuad negara berhadapan dengan Jordan dan Uzbekistan di Amman, Jordan bersama skuad Harimau Malaya.

Advertisements

Anak kelahiran Pulau Pinang itu menjelaskan, pengalaman beraksi di luar negara sudah menjadi satu hasrat yang ingin dikotakan bagi meluaskan lagi kebolehan dan perkembangan bakatnya.

‘Saya ingin bermain di luar negara,’-Jelasnya dalam satu kenyataan.

Bukan itu sahaja, Faisal beraksi dengan cukup cemerlang pada musim ini bersama pasukan Terengganu FC di bawah kendalian jurulatih muda, Nafuzi Zain.

Advertisements

Beliau juga berhasil menjaringkan 4 gol dan juga mencetak 4 bantuan gol dalam saingan Liga Super musim ini.

Bukan itu sahaja, prestasi itu turut dikekalkan ketika turun beraksi dalam saingan Piala Malaysia dan juga bersama Harimau Malaya.

Ini pastinya menjadi titik kebangkitan terbaik buat pemain bertubuh kecil ini dalam usaha menempa nama sebagai salah seorang pemain terbaik di Malaysia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram