Faisal Halim Cebur Bidang Perniagaan
Dunia
TM Team Malaysia
Advertisements

Pemain sayap sensasi Terengganu, Muhammad Faisal bin Abdul Halim kini menceburi bidang perniagaan dengan mengeluarkan sambal bilis jenama sendiri.

Sambal bilis tersebut diberikan nama Sambal Bilis Siuuuuuuu!!! by Mickey7 dan ianya dijual dengan harga RM30 sahaja.

“Alhamdulilah, dengan lafaz bismillah saya perkenalkan produk baru keluaran saya, sambal bilis dengan sambal bilis petai, untuk slot permulaan kita buka 10 slot untuk ejen,” tulis Faisal Halim di Instagram.

Advertisements

Beliau yang kini sangat hebat di padang sudah pasti ada resepi tersendiri menghasilkan sambal petai yang dikatakan bakal mensiuuuukan sesiapa sahaja yang merasainya.

Untuk membuat tempahan, pembeli boleh terus menghubungi pihak Faisal Halim menerusi perkidmatan permesejan WhatsApp.

Faisal Halim musim ini beraksi cemerlang bersama skuad Terengganu dan skuad kebangsaan sekaligus meningkatkan nilai pasarannya yang kini menjangkau nilai RM1.4 juta.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram