Nilai Pasaran Faisal Halim Naik Mendadak, Kini RM 1.4 Juta
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Prestasi memberangsangkan pemain sayap pasukan Terengganu, Faisal Halim telah membantu untuk melonjakkan nilai pasaran beliau dengan mendadak.

Bintang berusia 24 tahun itu merupakan tunjang utama buat skuad kendalian Nafuzi Zain sejak dua musim yang lalu.

Ketajaman penyudah dan juga karismanya setiap kali beraksi telah membantu persembahan pasukan pada musim ini

Advertisements

Malah, bekas bintang Sri Pahang ini berjaya memberikan impak yang cukup luar biasa untuk membantu Terengganu mara ke pentas akhir Piala FA dan layak ke Piala AFC musim hadapan.

Persembahan konsisten Faisal juga telah membantu untuk meningkatkan ‘saham ‘ beliau sehingga menjadi antara pemain paling bernilai tahun 2022.

Panggilan menyertai kem kebangsaan juga telah memberi kesan yang besar dalam melonjakkan nilai pasaran anak jati kelahiran Pulau Pinang ini.

Advertisements

Menerusi data oleh Transfermarkt, Faisal mencatatkan nilai pasaran terkini iaitu 300,000 Euro yang bersamaan dengan RM 1.6 Juta.

Perkara yang lebih mengujakan adalah apabila beliau hanya memerlukan tempoh selama 15 bulan setelah perpindahan dari Sri Pahang selesai untuk mengangkat nilai beliau antarabyang tertinggi dalam kalangan bintang tempatan.

Nilai terkini beliau mencatatkan peningkatan sebanyak RM 816,000 sekaligus menunjukkan hasil daripada usaha yang tidak pernah mengenal erti lelah.

Advertisements

Khidmat Faisal sudah tentu kekal ditagih oleh Terengganu namun beliau masih tidak membuat keputusan mengenai masa depannya sambil mahu kelal konsisten membantu pasukan mengharungi kempen Piala Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram