Faisal Halim Cuba Kasut Jenama Indonesia, Ortuseight
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Penyerang sensasi Malaysia, Faisal Halim dirakam memakai kasut jenama Indonesia, Ortuseight semasa sesi latihan bersama skuad kebangsaan baru-baru ini.

Beliau yang sebelum ini memakai jenama Adidas difahamkan sedang mencuba kesesuaian Ortuseight dengan kakinya buat kali pertama di sesi latihan di Thailand.

Menerusi tinjauan yang dilakukan di media sosial FA Malaysia, penyokong bola sepak Malaysia dapat mengesan jenis kasut yang sedang dipakai oleh Faisal Halim yang berjenama Ortuseight.

Advertisements

Ortuseight merupakan antara jenama barangan sukan dari Indonesia yang aktif menaja pasukan futsal dan bola sepak di Indonesia dan kini sedang berkembang ke pasaran antarabangsa. Ortuseight diasaskan pada tahun 2018 dan berpangkalan di Tangerang, Indonesia.

Malaysia kini selangkah ke perlawanan akhir Piala AFF 2022 selepas berjaya membenam Thailand 1-0 di Bukit Jalil dan bakal bertemu lawan yang sama dalam aksi timbal balik di Thailand malam ini.

Advertisements

Adakah Faisal Halim akan memakai kasut yang sama digunakan semasa sesi latihan dalam perlawanan sebenar? Sama-sama kita nantikan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram