Faisal Halim Cup Jadi Inisatif Cungkil Bakat Muda Di Malaysia
Komuniti
Selangor FC
Advertisements

Pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim mencuri perhatian ramai dengan menganjurkan pertandingan akar umbi Faisal Halim Cup.

Kejohanan bola sepak bawah 10 tahun (B-10) itu diadakan pada hari ini di Padang Mengkuang Titi, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Dalam temubualnya bersama Harimau Malaya, Faisal menyatakan antara tujuan penganjuran kejohanan tersebut ialah mencungkil bakat-bakat baru di Pulau Pinang agar dapat diketengahkan dan dibawa ke peringkat lebih tinggi.

Advertisements

Penganjuran kejohanan ini merupakan peluang Faisal untuk membantu generasi muda di negeri kelahirannya itu menggapai impian sebagai pemain bola sepak.

“Saya berniat untuk membuat program sebegini untuk mencungkil bakat-bakat dari kampung saya sendiri, anak-anak kampung saya atau dari seluruh Pulau Pinang.

“Jadi, bila saya melihat adik-adik ini bertanding hari ini, saya teringat kawan saya daripada kejohanan sebegini. Dari (kejohanan) tujuh sebelah, 10 sebelah, bawah 10 (tahun). Daripada bawah tujuh (tahun), lapan, 10, 12 (dan) 14 tahun.

Advertisements

“Saya datang dari program-program sebegini. Jadi yang saya boleh katakan ialah kita mencungkil bakat mereka dan memberi dorongan kepada adik-adik untuk lebih bersemangat bermain bola sepak pada masa akan datang,” katanya hari ini.

Faisal Halim Cup menarik penyertaan pasukan bukan saja dari Pulau Pinang. Malah, ada pasukan sejauh Perlis dan Selangor turut mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

Faisal segar daripada kejayaan membantu Selangor layak ke pentas Asia selepas membantu mereka menjadi naib juara Liga Super musim 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram