Faisal Halim Dan Khairulazhan Kembali Perkuat Harimau Malaya
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Dua tonggak utama Harimau Malaya, Faisal Halim dan Khairulazhan Khalid diberi pelepasan oleh Kementerian Kesihatan Singapura selepas mengakhiri tempoh kuarantin wajib 10 hari.

Perkara itu disahkan oleh pengurus skuad Harimau Malaya, Datuk Mohd Yusoff Mahadi yang kini berada di Singapura bagi menghadapi Piala AFF Suzuki 2020.

Baru-baru ini, skuad negara dilihat sedikit tempang dalam menghadapi kejohanan bola sepak Asia Tenggara itu apabila empat pemain negara iaitu Faisal Halim, Khairulazhan, Quentin Cheng dan Akhyar Rashid didapati positif virus Covid-19.

Advertisements

“Ia sudah mendapat kebenaran MOH kerana tempoh mandatori itu dah habis hari ini. Tapi kita masih menanti ujian PCR untuk kedua-dua pemain ini sama ada mereka boleh masuk dalam pasukan atau tidak. Jadi kita harap, ujian ini kalau boleh negatif bagi menguatkan kembali pasukan,” katanya.

Namun segalanya bergantung kepada Jawatankuasa Pertandingan Piala AFF untuk membenarkan kedua-duanya menyertai pasukan.

“Pada saya selepas kuarantin habis 10 hari dan keputusan PCR negatif, pada pandangan saya tak ada masalah untuk mereka bersama pasukan semula.

Advertisements

“Tapi apapun, permohonan kena buat kepada penganjur. Mungkin yang jadi kebimbangan sikit mengenai proses permohonan itu takut lambat dan mengambil masa.

“Sebab pasukan perlu bersedia sepenuhnya sebelum lawan Indonesia 19 Disember nanti. Namun kita akan mohon secepat mungkin selepas dapat keputusan PCR nanti.” katanya kepada Arena Metro.

Selain empat pemain didapati positif Covid-19, skuad negara bertambah tertekan selepas pemain yang beraksi di Liga Thailand, Junior Edstal mengalami kecederaan selepas melalui perlawanan pertama menentang Kemboja tempoh hari.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram