Faisal Halim Dikesan Beraksi Di Penang
Komuniti
Selangor FC
Advertisements

Pemain sayap lincah Selangor FC, Faisal Halim dikesan beraksi penuh lincah dalam satu perlawanan di Penang.

Pemain berusia 25 tahun itu baru sahaja selesai membantu skuad negara mengharungi kempen Piala Asia AFC 2023 di Qatar.

Jaringannya ketika berdepan Korea Selatan memastikan bahawa Malaysia mengikat pasukan ke-25 dunia, Korea Selatan dengan keputusan 3-3.

Advertisements

Tatkala aksi liga masih belum bermula, Faisal dilihat meluangkan masa bersama komuniti dalam satu aksi santai.

Menerusi satu klip yang dikongsikan oleh pengguna dengan nama Zairie Anna, kelihatan anak jati Penang itu lincah beraksi di padang yang terletak di Kampung Mengkuang Titi, Penang.

Advertisements

Rata-rata komen pengguna masih merindui aksinya tatkala Selangor kini dalam persiapan rapi untuk beraksi di Asia.

Faisal baru sahaja mendapat khabar gembira selepas pemain itu akan kekal menyarung jersi Merah Kuning bagi musim baharu.

Advertisements

Bekas pemain Terengganu ini merupakan penjaring tempatan terbanyak musim 2023 dengan 12 gol selain turut meledak 6 gol bersama Malaysia tahun lalu.

Video: Faisal Halim Lincah Beraksi

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram