Faisal Halim Kena ‘Siuuu’ Depan-Depan
Piala FA
Selangor FC/ Tiktok: yumikaisara
Advertisements

Pemain sayap lincah Selangor FC, Faisal Halim sangat sinonim dengan keraian gol yang sama seperti bintang dunia dari Portugal, Cristiano Ronaldo. Keraian yang dipanggil ‘Siuuu’ itu sudah menjadi fenomena dan ikutan di seluruh dunia.

Ramai di kalangan penyokong Selangor terutamanya yang hadir ke stadium menantikan detik Faisal menjaringkan gol bagi sama-sama meraikan gol tersebut dengan keraian ‘Siuuu’. Dan Faisal tidak menghampakan para peminat apabila semakin berbisa selepas melalui beberapa perlawanan awal yang agak tumpul.

Baru-baru ini telah tular satu video yang menyaksikan seorang penyokong Selangor telah turun ke balapan Stadium MBPJ selepas tamat aksi Selangor dan Sri Pahang dalam saingan Piala FA semalam. Penyokong tersebut melakukan keraian ‘Siuuu’ di hadapan Faisal Halim.

Advertisements

Perlawanan yang berakhir dengan kemenangan 4-0 buat Selangor itu turut menyaksikan Faisal meledak satu gol manakala tiga lagi gol dijaringkan Mukhairi Ajmal (2 gol) dan satu gol lagi dijaringkan oleh kapten pasukan, Brendan Gan.

Dengan kemenangan tersebut, Selangor mara ke suku akhir Piala FA dan bakal bertemu Negeri Sembilan FC yang turut layak selepas menewaskan pasukan dari Liga M3, PIB FC semalam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram