Faisal Halim Kini Ceburi Dunia Fotografi
Komuniti
Selangor FC
Advertisements

Pemain sayap Selangor FC, Muhammad Faisal Halim kini menceburi dunia fotografi.

Sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang Ke-66, Selangor FC telah memuat naik satu video khas yang diberi nama “Dari Lensa Faisal Halim Edisi Hari Kebangsaan 2023.”

Video tersebut memaparkan pengembaraan Faisal menjadi seorang juru gambar yang merakam detik-detik indah pasukan Selangor demi menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan.

Advertisements

Pemain kebangsaan berusia 25 tahun ini dilihat tidak kekok ketika mengarah rakan-rakannya yang lain untuk mengambil tempat dan berada di posisi yang sepatutnya sebelum gambar ditangkap.

Gambar yang diambil Faisal juga mendapat pujian daripada rakan sepasukan.

Advertisements

“Haa mari ambil gambar, sempena hari kemerdekaan. Awak duduk sini, pegang dua-dua (Jalur Gemilang).”

“Sini Fazly awak tengok gambar awak ok tak? tanya Faisal.

Advertisements

“Wuuu lawa lah, fuh lawa, lawa, lawa,” puji Fazly Mazlan.

Selain pemain-pemain tempatan, barisan kejurulatihan dan pemain import Selangor juga turut serta merancakkan lagi perjalanan rakaman Lensa Faisal Halim ini.

Advertisements

Di akhir video, Faisal sempat meninggalkan pesanan dan mengucapkan selamat hari kebangsaan buat seluruh rakyat Malaysia.

“Tamat sudah sesi fotografi saya hari ini. Saya harap sempena hari kemerdekaan ini, bola sepak dapat menyatukan kita semua. Merdeka, Merdeka, Merdeka!” kata Faisal Halim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram