Faisal Halim Kongsi Pendekatan Berbeza Nidzam Jamil & Tan Cheng Hoe
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim melihat Tan Cheng Hoe dan Nidzam Jamil memiliki pendekatan berbeza sebagai jurulatih.

Faisal berpandangan sedemikian selepas melihat kedua-duanya menggalas peranan sebagai jurulatih Merah Kuning.

Cheng Hoe membimbing Selangor dari pertengahan 2022 hingga Mac tahun ini dengan Nidzam menggalas peranan sebagai pembantu jurulatih.

Advertisements

Selepas bekas jurulatih Harimau Malaya itu menerima tawaran kelab Thai League 1, Police Tero, pengurusan Selangor kemudiannya melantik Nidzam sebagai jurulatih tetap.

Faisal merasakan tiada gunanya membuat perbandingan antara kedua-dua jurulatih itu. Ini kerana Cheng Hoe dan Nidzam bukan saja berbeza dari segi pendekatan tetapi juga dari segi pengalaman.

Advertisements

Atas sebab itu, fokus para pemain ialah memberi sokongan padu kepada Nidzam agar dapat melakar pencapaian terbaik bersama Selangor untuk musim 2024/25.

“Saya tak nak beri perbezaan. Pada saya, Coach Tan (Cheng Hoe) dengan cara Coach Tan, Coach Nidzam (Jamil) dengan cara Coach Nidzam. Jadi, Coach Nidzam lebih muda (dengan) Coach Tan lebih senior.

Advertisements

“Jadi, saya harap Coach Nidzam dapat beri yang terbaik untuk pasukan dan kami sebagai pemain akan beri yang terbaik untuk jurulatih kami. Jurulatih akan lindungi pemain dan pemain akan lindungi jurulatih.

“Apa yang berlaku, kami berada di belakang Coach Nidzam. Keputusan yang tak memihak kelab, Coach Nidzam dan kami, kami akan berada di belakang.

Advertisements

“Jadi, Coach Nidzam sekarang sudah beradaptasi dengan pemain-pemain dan dapat memberi sesuatu yang positif kepada pemain.

“Jadi, kita tunggu satu perlawanan ke satu perlawanan lain, kita harap keputusan positif memihak kepada pasukan dan Coach Nidzam,” katanya kepada MakanBola dalam Majlis Rumah Terbuka 4ward Entertainment Sdn. Bhd di Le Meridien Kuala Lumpur semalam.

Sentuhan Nidzam mula menampakkan hasil apabila membantu Selangor menggondol gelaran juara Selangor Asia Challenge (SAC) 2024 baru-baru ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram