Faisal Halim Kongsi Rezeki, Anjur Rumah Terbuka Aidilfitri
Komuniti
Selangor FC
Advertisements

Pemain sayap Selangor, Faisal Halim menjemput rakan-rakan, ahli keluarga, saudara mara serta seluruh pengikutnya di Instagram untuk menghadiri Majlis Sambutan Hari Jadi & Jamuan Hari Raya Aidilfitri.

Perkara tersebut telah dikongsikan Faisal di laman IG Story rasmi miliknya. Bertempat di Dewan Homestay Mengkuang Titi, Pulau Pinang, jamuan tersebut akan diadakan hari ini iaitu pada 6 Mei 2023.

Jamuan besar-besaran itu akan bermula pada jam 8 malam hingga 11 malam. Faisal mengajak seluruh peminatnya yang berkelapangan untuk hadir dan bersama-sama dalam majlis tersebut.

Advertisements

Beliau berharap dengan kehadiran tetamu malam ini dapat memeriahkan lagi majlis seterusnya merapatkan hubungan silaturrahim sesama insan.

Terkenal dengan sikap yang mesra dan mudah disapa, jamuan ini dilihat sebagai langkah positif yang diambil Faisal untuk memberi peluang kepada peminat-peminatnya hadir, bertemu serta beramah mesra dengannya.

Untuk rekod, setakat 10 perlawanan dalam Liga Super 2023, bintang sensasi Selangor ini telah menjaringkan sebanyak 4 gol dan mencatat 3 bantuan jaringan. Faisal juga berjaya membawa Selangor mencatat 7 kemenangan sekaligus berada di kedudukan kedua dalam liga.

Advertisements

Selangor bakal meneruskan aksi Liga Super berdepan Perak pada Sabtu, 20 Mei kelak di Stadium Ipoh, Perak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram