Faisal Halim & Mukhairi Ajmal Dirisik Kelab Sepanyol & Portugal
Dunia
Advertisements

Menerusi laporan yang dikeluarkan Arena Metro, kedua-dua pemain yang beraksi di Jordan baru-baru ini dirisik kelab berpengkalan di Eropah.

Hal ini disahkan oleh ejen Faisal Halim dan Mukhairi Ajmal, Encik Joe dari Estrada Sports Agency.

“Ya benar ada ejen dari Eropah (Portugal dan Sepanyol) bertanya mengenai Faisal Halim. Tapi ianya bukan tawaran rasmi, cuma mereka hanya nak tahu kedudukan perihal berkaitan kontrak semasa beliau, berapa gajinya, klausa dalam kontrak dan lain-lain lagi.”

Advertisements

“Bulan lepas pun ada yang bertanya berkenaan Mukhairi Ajmal. Mereka nak tahu status Mukhairi dan belum ada apa-apa tawaran dibuat.”

Joe turut menyifatkan risikan seperti ini adalah petanda baik buat pemain bola sepak di Malaysia.

“Sebenarnya ini petanda yang bagus buat pemain kita, di mana kelab-kelab di luar sana sudah mula melihat bakat pemain tempatan,” katanya kepada Arena Metro.

Advertisements

Faisal Halim dan Mukhairi Ajmal sebelum ini diberikan peluang beraksi bersama skuad kebangsaan di Jordan dan berjaya menunjukkan aksi yang baik disamping menerima pujian daripada Tan Cheng Hoe.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram