Prestasi Cemerlang Faisal Halim Pacu Terengganu Ke Suku Akhir
Dunia
Faisal Halim
Advertisements

Pemain sayap lincah pasukan Terengganu FC, Mohd Faisal Halim terus menjadi nadi ketajaman jentera serangan pasukannya apabila beliau mencatat nama selaku penjaring dalam kemenangan besar ke atas pasukan Perak FC baru-baru ini.

Pemain berusia 23 tahun itu sebelum ini mengharungi persembahan yang cukup baik pada penampilan pertamanya bersama pasukan kebangsaan dalam dua perlawanan persahabatan bertemu Jordan dan Uzbekistan . Pada perlawanna tersebut, beliau menjadi antara watak penting buat skuad negara.

Prestasi tersebut nyata berjaya dikekalkan ketika pulang ke pangkuan kelabnya apabila beliau terus membantu pasukan kendalian Nafuzi Zain mencatat kemenangan dalam semua perlawanan di peringkat kumpulan.

Advertisements

Ketika ini, Terengganu berada di tangga pertama kumpulan B dengan 12 mata selepas mencatat 4 kemenangan termasuklah ketika menewaskan seteru utama, Selangor FC sebelum ini.

Pemain kelahiran Pulau Pinang ini terus menjadi taruhan terbaik Nafuzi dalam usaha untuk merobek gawang lawan menerusi gerakan lincah bersama Faiz Nasir nyata memberi tekanan kepada pertahanan lawan untuk mengekang gandingan ini.

Bukan itu sahaja, kemampuan Faisal untuk turun membantu pasukan dalam situasi bertahan telah memberi kelebihan buat pasukan yang hanya mencatatkan 2 bolos setakat ini

Advertisements

Sehingga kini, beliau telah menempatkan dirinya dalam kelompok salah seorang pemain yang menjaringkan 3 gol sungguhpun baru beraksi di peringkat kumpulan.

Dengan kedudukan Terengganu yang sudah selangkah ke suku akhir, ketajaman pemain bertubuh kecil ini pastinya terus ditagih dalam usaha untuk mara ke pentas akhir pada edisi kali ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram