Faisal Halim: Pemain Yang Diturunkan Karakternya Sama, Hanya Peranan Berbeza
Asia
faisalhalim.7
Advertisements

Pemain sayap lincah Harimau Malaya, Faisal Halim mengatakan semua pemain yang diturunkan di dalam kejohanan Piala Asia 2023 mempunyai karakter sama, hanya peranan sebagai pemain berbeza.

Pemain berusia 25 tahun itu bersyukur skuad negara berada di tahap tertinggi dunia dan berpeluang beraksi di Qatar. Beliau akui, cabaran besar buat pasukan negara berhadapan pasukan-pasukan di ranking yang tinggi.

Dalam pada itu, Faisal yakin dengan pasukan akan memberikan sepenuh tenaga buat Malaysia di dalam saingan tersebut dan sekurang-kurangnya layak ke perlawanan yang seterusnya.

Advertisements

“Saya bersyukur pasukan berada di tahap yang tertinggi dunia. Cabaran yang sengit buat pasukan. Saya percaya dengan persediaan dan kekuatan yang dimiliki pasukan, akan buat sehabis baik,” ujarnya.

“Semua 25 pemain yang dipilih karakternya semua sama, hanya peranan yang berbeza,” katanya.

Beliau yang mesra disapa Mickey ini menunjukkan sisi berbeza sebagai seorang pemain apabila turut menunjukkan impak yang positif bersama Harimau Malaya musim lepas.

Advertisements

Menerusi kemas kini oleh laman Transfermarket, nilai pasaran Faisal Halim kini mencecah 400,00 Euro bersamaan (RM2 Juta) berbanding RM1.9 Juta pertengahan bulan lalu.

Malaysia kini berada di kumpulan E bersama tiga lagi pasukan gergasi Asia iaitu Korea Selatan, Bahrain dan Jordan dan akan memulakan saingan ini bertemu Jordan pada 16 Januari.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram