Faisal Halim Sedar Saingan Bersama Malaysia Makin Susah
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pemain sayap lincah Malaysia, Faisal Halim percaya persaingan di dalam kem kebangsaan menjelang Piala Asia 2023 bulan hadapan semakin sengit.

Persaingan sengit itu ditambah dengan kehadiran pemain naturalisasi baharu negara, Romel Morales yang merupakan pemain tengah menyerang Kuala Lumpur City FC (KL City).

“Dalam senarai ada 26 pemain dan sudah tentu semuanya berkualiti dan ada kelebihan masing-masing.

Advertisements

“Pemain seharusnya memberikan kerja yang lebih baik buat pasukan dan jurulatih akan menilai siapa yang terbaik dan siapa yang akan diturunkan,” jelas Faisal kepada Stadium Astro.

Faisal atau lebih mesra disapa Mickey berpendapat tiada istilah buat mana-mana pemain posisi yang sudah pasti menjadi milik mereka.

Advertisements

Setiap pemain perlu bersaing secara sihat untuk merebut posisi di dalam kesebelasan utama. Apa yang lebih utama adalah semua pemain perlu bersedia untuk membuat yang terbaik demi rakyat Malaysia.

“Dalam kem kali ini, saya rasa persaingannya cukup sengit. Tiada siapa ada jaminan untuk bermain sepenuh masa. Tiada siapa ada jaminan untuk bermain dalam kesemua perlawanan.

Advertisements

“Dalam setiap hari latihan dan dalam setiap hari perlawanan, kami sebagai pemain harus bersedia dan harus memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Kesemua 26 pemain Harimau Malaya perlu melaporkan diri pada esok 26 Disember untuk kem kebangsaan ke Piala Asia 2023.

Advertisements

Antara pemain bintang yang menjadi tumpuan adalah Arif Aiman, Faisal Halim, Natxo Insa dan pemain naturalisasi baharu Malaysia, Romel Morales.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram