Faisal Halim Sepatutnya Berada Dalam Kesebelasan Utama Pasukan
Dunia
Fam malaysia
Advertisements

Pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim sepatutnya diberi kepercayaan oleh Kim Pan-gon untuk berada dalam kesebelasan utama pasukan Harimau Malaya. Pada aksi semalam, Malaysia telah tumpas 1-2 kepada Singapura dalam siri perlawanan persahabatan Tri-Nations 2022.

Bagaimanapun, dalam perlawanan tersebut pemain lincah itu masih diberikan peluang apabila beliau dimasukkan pada separuh masa kedua perlawanan pada minit ke-66 untuk menggantikan Akhyar Rashid di posisi sayap kiri.

Selepas diturunkan, ternyata Faisal tidak berdiam diri dan beliau bermula dengan aksi yang cukup bertenaga sekaligus mengucar-kacirkan pertahanan Singapura dengan larian dari sebelah sayap. Beliau juga beberapa kali berusaha dan terus mencuba untuk membolosi benteng pertahanan Singapura.

Advertisements

Gerakan dan gelecekan sempurna Faisal untuk mengatasi lawan selain gandingan mantap bersama Luqman Hakim dari sebelah kiri jelas membuatkan barisan pertahanan Singapura tidak tentu arah. Malangnya, Malaysia gagal mendapatkan penyudah yang menatijahkan gol buat pasukan.

Namun, kesungguhan yang dipamerkan tuan rumah pada separuh masa kedua juga tidak kurang hebat apabila pasukan Singapura berjaya menghasilkan gol kedua pada minit ke-76 menerusi penyudah berbakat, Ikhsan Fandi yang telah ranapkan harapan Malaysia.

Ada ramai dalam kalangan para penyokong yang berpendapat bahawa Faisal Halim wajar diberikan ruang dan peluang untuk mengisi slot kesebelasan utama pasukan. Dengan kesungguhan, bakat serta potensi yang dimiliki Faisal, beliau pasti mampu menggalas tugas dengan sebaiknya.

Advertisements

Malaysia bakal mengakhiri kempen perlawanan persahabatan menentang di Kota Singa dengan menentang Albirex Nigata pada Isnin nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram